Oxxynea
Konsep kesihatan oxxynea adalah berdasarkan makanan jenis antioksida polifenol seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan yang kaya dengan polifenol dapat memperbaiki penyakit kardiovaskular serta metabolisme badan dan mengurangkan kadar kematian.
Oxxynea diekstrak daripada 11 jenis buah-buahan dan 11 jenis sayur-sayuran yang terpilih.
11 jenis buah-buahan termasuklah: anggur (putih & merah), oren, limau gedang, bilberry, betik, nenas, strawberri, epal, aprikot, ceri, blackcurrant.
11 sayur-sayuran termasuklah: tomato, lobak merah, teh hijau, zaitun, brokoli, kubis bulat, bawang, bawang putih, germa gandum, timun, asparagus.
Ekstrak Zaitun (Oleactiv)
Ekstrak zaitun didapati daripada polifenol zaitun yang terpilih. Ia berfungsi seperti buah-buah dan sayur-sayuran di Mediterranean dalam menjaga kesihatan badan. Polifenol zaitun dalam ekstrak zaitun dapat membantu menjaga aras lipid darah yang sihat.
Ekstrak Vinovia Merah Anggur
Terdapat banyak kajian yang berkaitan dengan resveratrol telah dijalankan. Penyelidik mendapati anggur merah kaya dengan resveratrol. Kajian di Universiti Switzerland juga mendapati resveratrol boleh melidungi kesihatan otak. Ini adalah kerana resveratrol dapat menghapuskan plak yang akan menyebabkan kecederaan otak dan menahan radikal bebas. Oleh itu, ia dapat memperbaiki penyakit Alzheimer.
L-Glutathion
L-glutathion didapati daripada yis torula yang difermentasi secara semulajadi. L-glutathion adalah sejenis agen antioksida yang unggul dan dapat membuang toksin dari hati. Ia dapat meningkatkan daya keimunan badan dan melindungi sel melalui penghapusan radikal bebas dan tekanan oksidatif. Selepas umur 20 tahun, L-glutathion mulai berkurangan daripada badan manusia.
L-arabinose
L-arabinose banyak ditemui daripada polisakarida tumbuhan. Pusat Keselamatan Makanan dan Pemakanan Gunaan (CFSAN) telah menggunakan L-arabinose dalam pengawalan berat badan. Selain itu, Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun telah membuktikan fungsi L-arabinose dalam mengawal gula darah.
Yis Kromium
Yis kromium adalah hasilan yis (Saccharomyces cerevisiae) yang difermentasi. Dalamnya kaya dengan kromium. Pada waktu permulaan kajian, mendapati sel-sel yis mengandungi faktor toleransi glukosa. Ini berfungsi dalam memperbaiki rintangan insulin dan berkesan dalam mengawal penyakit diabetes. Tambahan pula, ia juga merupakan toleransi glukosa yang kuat dan dapat meningkatkan keberkesanan insulin.
Isomalto-Oligosakarida (IMO)
Isomalto-Oligosakarida berasal daripada kanji jagung. Ia berguna dalam menahan pertumbuhan bakteria berbahaya, menggalakkan pergerakan usus, meningkatkan sistem penghadaman dan sistem keimunan badan. Selain itu, ia juga berkesan dalam memperbaiki masalah sembelit orang tua tanpa membawa sebarang kesan sampingan kepada badan.
Vitamin C
Vitamin C adalah sejenis agen antioksida yang berkesan dalam menahan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul yang tidak stabil di mana ia akan merosakkan kolagen badan dan menyebabkan kekeringan kulit, garisan halus dan kedutan kulit. Oleh itu, pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat menjaga kesihatan dan kelicinan kulit.
No comments:
Post a Comment