Peptida Susu
Peptida susu merupakan polipeptida (sitokin) yang didapati daripada susu. Ia membantu kulit yang matang dalam proses regenerasi sel. Di samping itu, susu peptida juga menambahkan keanjalan kulit dan mengurangkan tanda-tanda usia kulit. Ia merangsang pembentukan kolagen, asid hyaluronik dan fibronectin. Oleh itu, ia dapat memudarkan kedutan dan memperbaiki tekstur kulit.
Asid Hyaluronik
Asid hyaluronik adalah polisakarida (karbohidrat) yang terhasil secara semulajadi dalam badan manusia. Molekulnya dapat membawa 500 kali lebih molekul-molekul air. Oleh itu, ia diterima sebagai agen pelembap yang paling unggul. Asid hyaluronik juga dapat menambahkan kelembapan dan keanjalan kulit. Secara langsung, menahan penghasilan kedutan, melambatkan penuaan kulit dan menjaga kecantikan kulit.
Allantoin
Allantoin diekstrak daripada tumbuhan kompri. Kebaikan-kebaikan allantoin termasuklah melembapkan, melicinkan dan merangsangkan metabolisme sel-sel kulit. Ia juga berkesan dalam merawat kulit sensitif dan luka pada kulit.
Salmon Peptida
Salmon peptide merangsangkan penghasilan sel-sel baru, menambahkan nutrien kulit, mengurangkan kedutan kulit dan meremajakan kulit. Pada masa yang sama, juga mengawal penghasilan minyak kulit supaya saiz liang roma kulit dikecilkan.
Alfa Lipoik Asid
Alfa lipoik asid berkesan dalam mengurangkan garisan halus dan kedutan kulit. Ia penting dalam menyelaraskan penghasilan nitrik oksida dengan melancarkan peredaran darah supaya kulit yang pudar berubah menjadi lebih cantik dan bersinar.
Kolagen
Kolagen merupakan agen pelembap yang dapat memerangkap molekul air supaya kulit lebih lembap dan licin. Selepas kolagen diserap oleh kulit, ia berada di antara dermis kulit. Keadaan ini akan mengecilkan saiz liang roma dan menambahkan keanjalan kulit. Kolagen yang disuntik dengan teknologi mikro kelompok (1/1000 berbanding kolagen yang biasa) lebih mudah dan berkesan diserap oleh kulit. Keadaan ini dapat meremajakan kulit dalam masa yang singkat.
Faktor Pertumbuhan
Faktor pertumbuhan dapat meremajakan sel-sel kulit, menghapuskan tanda-tanda usia dan pigmentasi kulit. Ia juga merangsangkan metabolisme kulit supaya kulit kelihatan lebih muda dan remaja. Tambahan pula, juga mengurangkan kedutan kulit.
Asid Askorbik (Vitamin C)
Vitamin C adalah sejenis antioksida yang membantu merangsangkan penghasilan kolagen. Apabila disapu pada kulit, vitamin C dapat mengurangkan kehilangan molekul air pada kulit. Ia juga mempercepatkan pembaikpulihan kulit dan mengurangkan keradangan kulit.
Asid Kojic
Asid kojic berfungsi dalam menahan penghasilan melanin dengan menghalang fungsi enzim tirosinase. Ia bertindak terhadap sinaran UVB yang akan menyebabkan melanin dihasilkan. Selain itu, ia juga berkesan mengatasi masalah pigmentasi kulit seperti parut jerawat, tompok penuaan, jeragat, bebayang hitam bawah mata dan tompok hitam muka.
Tokoferol (Vitamin E)
Vitamin E juga dikenali sebagai tokoferol yang melindungi kulit terhadap sinaran UV. Vitamin E mendorong nutrien-nutrien lain supaya lebih mudah diserap oleh kulit. Maka, kulit dapat dikhasiat dan dinutrisi dengan berkesan.
Lesitin Hydroxylated
Lesitin hydroxylated mempunyai daya penyerapan yang unggul. Ia merangsangkan metabolisme sel-sel, melindungi sel-sel kulit supaya kulit kelihatan lebih ceria dan bersinar.
No comments:
Post a Comment